Travel

Dusun Tok Wak Desa, sesuai dijadikan tempat ‘healing’

Baling Kedah, sememangnya terkenal dengan sejarah Rundingan Baling pada tahun 1955 namun tahukah anda terdapat sungai yang jernih dan sesuai untuk dijadikan tempat beriadah bersama keluarga.

Salah satu tempat unik yang diselaputi oleh alam semulajadi terletak di Sungai Legong mempunyai konsep ‘ healing’ iaitu Dusun Tok Wak Desa berkeluasan 6 ekar.

Apabila anda memasuki kawasan ini akan disambut oleh suara alam yang mendamaikan dan dikelilingi dusun buah tambahan airnya yang jernih.

PegansasnyaMuhammad Akhir, 66, atau lebih mesra disapa Paklong, beliau mengusahakan ‘Tok Dusun Wak Desa’ sejak tahun 2013 lagi ini merupakan warisan dari peninggalan keluarganya.

Muhammad Akhir, 66, atau lebih mesra disapa Paklong

“Antara pekej yang ditawarkan makan nasi dalam sungai

Sepagi dalam dusun, sepetang dalam dusun, river trekking.”Jelasnya.

Tambahnya lagi, di sini juga menyediakan keunikan makanan tradisi sehingga memenangi gastronomi peringkat Asian dengan bantuan MOTAC Kedah.

“Di sini saya juga menyediakan makanan tradisi seperti Gulai Daging Batang Pisang, Sup Herba Kambing Kelulut, Nasi buluh Daun Lirik.


Paklong yang berpawatakan ceria ini, mempunyai 39,000 pengikut di TikTok sentiasa memberikan layanan terbaik kepada para 
pengunjung.

 

Pak Long bersama pekerjanya


Harapannya agar mencapai impian untuk terus membangun
eko tourism di kawasan setempat terutamanya daerah Baling.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button