EkonomiMedia massa

Tip untuk kunjungi MAHA yang berbaki dua hari sebelum berakhir!

Gara-gara wabak Covid-19 yang melanda dunia, Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) terpaksa ditangguhkan selama empat tahun dan dianjurkan semula tahun ini.

Bagi tahun 2022, MAHA tampil dengan tema ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Hadapan’ dan mula berlangsung 4 hingga 14 Ogos 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Dalam erti kata lain, orang ramai yang belum sempat untuk berkunjung ke MAHA boleh berbuat demikian dalam tempoh dua hari sebelum ia berakhir Ahad ini.

Orang ramai yang ingin ke MAHA boleh merancang untuk ke dua kawasan pameran, laman 1 serta laman 2 dan pengunjung dinasihatkan untuk memakai kasut serta baju yang selesa.

Selain boleh bawa duit secara tunai, Bank Agro juga turut menyediakan mesin ATM untuk pengeluaran wang tunai dan ATM boleh didapati di Dewan A serta Dewan D.


Namun demikian, terdapat juga beberapa gerai jualan yang menyediakan bayaran di atas talian menepati keperluan transaksi dan kegunaan pengunjung hari ini.

Jika ingin membeli barang, pastikan membawa troli atau beg membeli belah dari rumah kerana di gerai jualan banyak menawarkan diskaun.

Jika ingin membeli pokok-pokok, usah risau kerana MAHA menyediakan kemudahan motor roda tiga untuk membawa pokok yang telah dibeli ke kereta dengan harga RM5 sehala.

Jika datang menaiki kereta, boleh tinggalkan di kawasan yang disediakan dan naiki tram atau bas yang disediakan untuk turun berjalan dari laman 1 ke laman 2.

Untuk kemudahan solat, pengunjung beragama Islam disarankan untuk membawa telekung dari rumah bagi wanita kerana di dalam Maeps, ada banyak kawasan surau yang disediakan.

(Visited 78 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button