Hiburan

Tiket konsert Judika hampir ‘sold out’!

Tiada persembahan malam seterusnya walaupun ada permintaan

Penyanyi dari Indonesia, Judika bakal mengadakan konsert bertemakan Cinta ‘Romantik Night & The gang’ pada 21 Oktober ini bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil pada pukul 8 malam.

Judika di Pavilion

Walaupun tiket konsert Judika hampir Sold out namun persembahan hanya akan adakan satu malam sahaja walaupun ada permintaan dari para peminat untuk melanjutkan konsert tersebut pada malam seterusnya.

Menurut penyanyi itu, Malaysia antara destinasi yang dipilih kerana ingin memenuhi permintaan peminat di sini.
“Saya memilih untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana ramai peminat yang bertanya di media sosial bila agaknya saya akan datang lagi untuk menghiburkan mereka semua setelah sekian lamanya” katanya.

Tema ‘Rockmantic’ ini merupakan gabungan perkataan ‘rock dan ‘romantik’ iaitu terinspirasi dari karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock dalam masa yang sama dirinya seorang yang penyayang sering menghasilkan karya-karya yang romantik.

Acara sidang media di Pavilion, dibintangi oleh Yuka, Sheila Amzah, Haqiem Rusly, Marsha Milan, Judika dan keluarga s

Dalam konsert tersebut akan dinyanyikan sebanyak 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan pada malam konsert itu nanti yang berdurasi kurang lebih 2 jam turut desrikan iringan orchestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

Selain itu untuk acara konsert itu, turut menampilkan tiga artis popular Malaysia yang akan menyanyikan 3 buah lagu masing-masing iaitu Shila Amzah, Haqiem Rusli dan Marsha Milan.

menampilkan tiga artis popular Malaysia yang akan menyanyikan 3 buah lagu masing-masing iaitu Shila Amzah, Haqiem Rusli dan Marsha Milan. Datuk Al Haalfa selaku penganjur untuk konsert tersebut

Dibawakan khas jenama kosmetik unggul, Alha Alfa dengan kerjasama Kharisma Music International dan Dua Anak Deo (DAD) Management.

Artikle Berkaitan :>

Repvblik Band bakal mengadakan konsert di Malaysia dan mencipta kenangan bersama peminat

 

Jurutera kerugian RM11,530 akibat penipuan tiket konsert Taylor Swift

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button