Nasional

Tiga hospital N. Sembilan jadi tempat rawatan Covid-19

TIGA buah hospital di Negeri Sembilan iaitu Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Rembau dan Hospital Tampin kini menjadi tempat rawatan pesakit Covid-19.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Amiuddin Harun berkata, negeri itu ketika ini mencatatkan bilangan kes Covid-19 secara mendadak.

Menurutnya Hospital Tuanku Jaafar di Seremban menempatkan bilangan pesakit Covid-19 paling ramai iaitu 234 orang.

Hospital Rembau sebanyak 120 orang pesakit dan Hospital Tampin seramai 70 orang.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) akan bekerjsama dengan agensi lain dalam menangani isu tersebut.

Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson yang mempunyai 200 katil akan dibuka sebagai Pusat Rawatan Covid-19.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button