Politik

Tiada sebab berdebat dengan Najib, kata Tun M

AHLI Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak cabaran Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk berdebat dengan Najib kerana beliau telah disabitkan di mahkamah.

“Tiada sebab untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah,” kata Dr. Mahathir ringkas di media sosialnya mengulas laporan portal berita bertajuk ‘Najib cabar Mahathir debat’.

Najib dalam Facebooknya sebelum ini mencabar Mahathir untuk berdebat.

Najib ketika menjawab komen yang diberikan pengguna Facebook berkata, pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat dengan Mahathir.

“No problem. Masa saya PM, dia ajak debat saya tak mahu.Masa dia PM7, saya ajak debat dia tak mahu.

“Sekarang kita berdua bukan lagi PM, kita boleh debat jika dia mahu. Anytime!,” katanya.

Komen Najib itu kemudiannya di sokong para pengikutnya yang berharap agar cadangan tersebut segera direalisasikan bagi membolehkan rakyat di negara ini menilai kebenaran di sebalik semua dakwaan yang di lontarkan oleh Mahathir sebelum ini.-SM

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button