Nasional

Tiada pembinaan SJKC baharu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pihaknya merancang membina 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan memindahkan enam buah lagi ke kawasan baharu seperti yang dilapor media baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pendidikan 1 Muslimin Yahaya berkata KPM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau warta berkenaan perkara itu.
“Saya dimaklumkan rancangan untuk membina dan memindah sekolah itu (SJKC) adalah warta lama, ia bukan perancangan baharu kementerian.
“Ia merupakan isu lama yang dimainkan, saya khuatir ini dapat membangkitkan satu sentimen perkauman, di peringkat kementerian kita tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan,” kata Ahli Parlimen Sungai Besar itu kepada pemberita selepas merasmikan Skuad Antidadah Daerah Sabak Bernam, di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mahu kementerian itu menjelaskan mengenai perkara berkenaan seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.- BERNAMA
(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button