Ekonomi

The eCEOs dan cbs Corporate Business Solutions bentuk sekutu strategik

eCEOs, sebuah syarikat IT yang pesat berkembang di Malaysia yang terkenal dengan kepakaran dalam pengurusan projek digital, dan cbs, sebuah firma perkhidmatan teknologi SAP terkemuka yang berpangkalan di Jerman, mengumumkan perkongsian strategik bertujuan menguasai peluang pasaran SAP yang berkembang pesat di Malaysia.

Kerjasama ini menandakan lonjakan penting dalam usaha kedua-dua syarikat untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan SAP bertaraf dunia kepada sektor perniagaan Malaysia, dengan memberi tumpuan kepada keunggulan dan inovasi.

Kerjasama ini dibentuk untuk memanfaatkan kekuatan yang saling melengkapi dan pengetahuan industri yang mendalam eCEOs dan cbs, dengan menawarkan perkhidmatan SAP yang tiada tandingan diiringi dengan pemilikan IP, aset, dan sokongan pengetahuan global mereka di serata Malaysia.

Dengan menggabungkan rekod prestasi yang telah terbukti oleh eCEOs dalam menjalankan projek SAP berskala besar diiringi oleh kerangka penghantaran perkhidmatan SAP cbs yang  komprehensif, perkongsian ini bertujuan untuk menyediakan penyelesaian SAP yang disesuaikan dengan permintaan untuk penyelesaian digital yang canggih yang semakin meningkat di rantau ini.

Melaui perkongsian ini akan membawa kepada Penyelesaian SAP Yang Inovatif dengan menggunakan teknologi dan metodologi SAP terkini, perkongsian ini berkomitmen untuk memastikan perniagaan mencapai pulangan pelaburan yang maksimum pada pelaburan SAP mereka.

Ia akan terlaksana dengan menerapkan pengetahuan dan pengalaman terkini di Eropah melalui inovasi dan pengalaman terkini dalam transformasi digital kompleks menggunakan alat dan aset.

Pelaksanaan yang Disesuaikan dan Dipercepatkan akan membolehkan eCEOs dan cbs komited untuk menyampaikan pelaksanaan SAP dengan teliti selaras dengan keperluan dan matlamat unik setiap pelanggan dengan memanfaatkan akselerator yang dibangunkan sendiri dan metodologi yang unik.

Sokongan dan Latihan Lanjutan: Pelanggan akan mendapat manfaat daripada inisiatif sokongan dan latihan yang meluas yang bangunkan untuk melengkapkan pasukan mereka dengan kepakaran yang diperlukan bagi mengendalikan sistem SAP dengan lebih efisien. – SM

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button