Luar Negara

[TERKINI] Harry, Meghan tidak lagi guna gelaran diraja

PUTERA Harry dan isteri Meghan Markle meneruskan niatnya untuk keluar dari istana apabila bersetuju tidak lagi menggunakan gelaran diraja.

Bermakna, tiada lagi gelaran ‘Royal Highness’ digunakan bagi pasangan diraja itu.

Henry Charles Ablert David, 35, juga bersetuju untuk tidak lagi menerima dana awam sebagai sebahagian dariapada kemudahan ketika tinggal di Istana Buckingham.

Beliau dan Meghan dilaporkan akan tinggal di Canada sebagai rakyat biasa.

[BACA ARTIKEL] Krisis Sussex meletus — Suara Merdeka

Memetik laporan portal Channel News Asia (CNA), isteri Harry menerima tekanan daripada media sama seperti mendiang ibunya, Puteri Diana.

Mendiang Puteri Diana, bercerai dengan Putera Charles pada 1996 sebelum terlibat kemalangan dalam terowong di Paris, Perancis.

Ratu Elizabeth, dalam titahnya hari ini memberitahu, baginda memahami situasi dihadapi oleh cucundanya itu.

“Dalam perbincangan baru-baru ini, kami mempunyai cara untuk menyokong keputusan dan membantu kehidupan cucunda saya dan keluarganya.

“Saya memahami cabaran yang dihadapi mereka akibat daripada tekanan yang diterima sejak dua tahun lalu menyebabkan mereka mahu hidup bebas,” titahnya dalam satu kenyataan.

[BACA ARTIKEL] Kate, Meghan: Media UK pilih kasih — Suara Merdeka

Tambah baginda, Harry dan Meghan juga bersetuju untuk akan memulangkan sejumlah wang 2.4 juta Pound Sterling (RM12.6 juta) kepada rakyat British.

Wang berkenaan sebelum itu dibelanjakan untuk mengubah suai kediamannya, Frogmore Cottage berhampiran Istana Windsor.

Tinggal di Toronto, Kanada

Harry dan Meghan dilapor akan berpindah ke Kanada untuk memulakan hidup baharu bersama anak mereka pada 8 Mac nanti.

Pasangan diraja itu dilapor akan menetap di Toronto kerana lokasi tersebut dikatakan sesuai untuk membesarkan anak mereka, Archie.

Isnin lalu, Ratu Elizabeth, memanggil semua ahli keluarganya untuk berbincang selepas Harry membuat pengumuman untuk berpindah dari Istana pada 8 Januari 2020.

Sumber laporan portal The Guardian menyatakan, perbincangan tersebut menyentuh kerjasama antara UK dengan kerajaan Kanada.

Kerjasama itu adalah berkaitan hasrat Harry dan Meghan yang ingin tinggal di Kanada selepas meninggalkan istana nanti.

Pertemuan itu dihadiri oleh Prince of Wales, Putera Charles Philip, Adipati Cambridge, Putera William dan Adipati Sussex, Putera Harry. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button