Politik

‘Terima kasih menteri, timbalan, MB kerana tidak pilih bercerai’

KETUA UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berterima kasih kepada menteri, timbalan menteri dan menteri besar UMNO dan Barisan Nasional kerana tidak memilih untuk ‘bercerai-berai’.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, ketika ini bukan masa untuk mengagalkan pentadbiran yang telah dibina dan dianggotai secara bersama dengan Pas dan Bersatu dalam mendirikan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di Sabah, Johor, Melaka dan Perak.

Malah menurut beliau, sekarang juga bukan masa untuk menggagalkan Muafakat Nasional.

“Bukan masa untuk kita lari meninggalkan tugas membantu kerajaan yang kita sendiri dirikan. Justeru kita sepakat untuk meneruskan khidmat demi rakyat.

Terima kasih Bung di Sabah, Saarani di Perak, Ir.Hasni di Johor, Sulaiman di Melaka yang terus berkongsi memimpin negeri dan tidak bercerai berai.

“Terima kasih Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishamuddin yang istiqamah memimpin para menteri bersama Reezal, Halimah, Noraini, Dr. Shamsul, Dr. Adham, Wee Ka Siong, Saravanan, timbalan-timbalan menteri, pengerusi pengerusi GLC dan lain-lain yang bertekad sebulat suara kekal istiqamah, terus berkhidmat,” katannya.

Sementara itu Annuar berkata, telah banyak masa dihabiskan untuk politik dalaman dan telah meraikan perbezaan pendapat sehingga Perhimpunan Agung UMNO pada Ahad lalu yang meninggalkan luka bukan sedikit.

Namun keputusan telah dibuat dan usul yang dibuat perlu diikuti.

“Usul antara lain menyebut utk mufarakah dari kerajaan Perikatan Nasional bila Parlimen di bubar, tidak berkerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15. Bertanding atas logo BN, dasar no DAP no PKR no PPBM. Kita fikir-fikirlah sendiri. Di mana untung, di mana rugi.

“Bergerak kehadapan, elok kita fikir soal rakyat. Saki baki masa yang ada elok kita tumpu kepada agenda rakyat. Malah rakyatlah yg menjadi juri politik kita nanti.

“Ini bukan masanya menggagalkan pentadbiran yang kita sendiri bentuk dan kita sendiri anggotainya,” kata Annuar.

Beliau turut menegaskan adalah menjadi satu kewajiban untuk menjaga kerajaan yang telah dibina atas dasar muafakat penyatuan ummah dan yang telah menyelamat dan membebaskan dari belenggu 22 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan yang penuh rasa kecewa.

“Jgn kita cuba kembalikan mereka. Sementara kita mendahulukan negara dan rakyat, kita ketepikan agenda peribadi beberapa individu yg kecewa. Insyaallah esok masih ada buat kita yg cintakan perjuangan sejati,” katanya.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button