Berita

Kepentingan bersama jadi keutamaan dalam berorganisasi – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa dalam sesebuah organisasi tidak kira awam atau swasta dan kecil atau besar, setiap orang memiliki pendapat serta idea-idea berbeza.

Namun begitu, jika ingin melahirkan sesebuah organisasi yang kekal kuat dan ‘solid’, maka setiap ahlinya seharusnya meletakkan kepentingan bersama itu melebihi dari kepentingan peribadi.

Justeru, hendaklah dibina persamaan berupa ‘satu hati dan satu misi’ yang akan menjadikan organisasi berkenaan lebih gagah dan berjaya.

Bagi memiliki organisasi yang sentiasa kukuh, maka semua ahlinya di segenap peringkat juga perlu belajar untuk menjauhi sifat-sifat negatif seperti egoistik atau mementingkan diri demi kepentingan bersama.

Selain daripada itu, setiap orang di dalam organisasi memiliki ciri-ciri berbeza. Ada sebahagian daripadanya kurang memiliki kemahiran dan pengalaman. Maka, bagi yang lebih senior, lebih berpengalaman dan berkemahiran, maka bantui serta berkongsikanlah ilmu dengan yang lain. Ini juga sebagai tanda seseorang itu menyayangi semua orang di dalam organisasinya.

Demikian titah baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat meninjau buat kali ke tiganya tapak projek membina dan menyiapkan pembangunan masjid baharu di Kg Batu 5 Jalan Kuala Perlis yang dijadualkan siap tidak lama lagi.

Keberangkatan baginda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi oleh Pegawai Penguasa Projek iaitu Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, Ir Syed Zubir Syed Husin.

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button