NasionalUncategorized

Tempat letak kereta Taman Negara Gunung Kinabalu runtuh

KAWASAN tempat letak kereta di Taman Negara Gunung Kinabalu, Kundasang, ditutup ekoran kejadian tanah runtuh pada awal pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar pukul 1 pagi namun tiada mangsa yang terlibat atau kerosakan harta benda.

Ia hanya membabitkan  runtuhan kawasan berturap yang dijadikan tempat letak kereta.

Tiada orang awam dilaporkan cedera serta tidak menyebabkan laluan utama Jalan Ranau-Tamparuli terjejas.

Difahamkan ia berlaku di hadapan simpang pusat pelancongan dan tidak menjejaskan laluan kedua-dua arah menghala Kota Kinabalu.

Kejadian runtuhan itu berlaku dipercayai akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jaochim Gunsalam telah melawat lokasi kejadian.

Runtuhan yang berlaku adalah sepanjang 150 meter dengan lebar 100 meter dan tidak membabitkan penempatan penduduk. – SM

 

(Visited 607 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button