Nasional

Bersemangat memulakan hari pertama sekolah

MENTERI Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin sempat meninjau pelajar-pelajar yang memulakan hari persekolahan hari ini di dua buah sekolah di Putrajaya.
Beliau singgah meninjau operasi hari pertama sekolah 2021 bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di dua buah sekolah sekitar Putrajaya.
Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5 (1) dan SMK Putrajaya Presint 16 (1).
Dalam hantaran di Facebooknya, Dr. Radzi berkata beliau bertanya khabar pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tingi Persekolahan Malaysia (STPM).
“Alhamdulillah, mereka nampak bersemangat. Kami mendoakan kejayaan anak-anak semua. InsyaAllah, KPM akan terus memantau pematuhan SOP di sekolah-sekolah seluruh negara,” katanya.
(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button