Ekonomi

TCL bakal memasuki pasaran Malaysia pada Julai ini

Jenama elektronik dari China bakal (TCL) bakal memasuki pasaran Malaysia pada Julai ini dengan memperkenalkan televisyen Mini LED 2023, Penghawa Dingin dan pelbagai peralatan rumah yang memberikan gaya hidup lebih sihat dan selesa.

Produk ini boleh di dapati pasar raya atau kedai rangkaian selain itu  para pelanggan juga boleh membeli  di atas talian seperti platform, Lazada, shopee dan Tiktok.

Kapsyen: Pengurus Besar TCL Malaysia, Carolyn Qiu dan Timbalan Pengurus Besar TCL Malaysia, Wu Dan hadiri majlis pelancaran produk baharu jenama itu di Bangkok, Thailand.

Menurut Pengurus besar TCL Malaysia, Carolyn Qiu, untuk permulaan TCL akan memperkenalkan dahulu televisyen kerana melihat permintaan yang sangat tinggi di Malaysia.

‘’Berdasarkan maklum balas pasaran kami, membeli TV yang lebih besar sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia, sebab itu kami akan memberi tumpuan kepada TV bersaiz 55 inci dan ke atas, termasuk TV 85 inci dan 98 inci untuk pengguna yang berminat mencipta suasana sinematik.

“Rupa dan rasa produk kami di kedai-kedai adalah penting, maka kami memberi perhatian yang besar bagi memastikan pengguna dapat membaca spesifikasi produk dengan jelas dan membuat perbandingan kualiti imej.

“Kami berharap dapat memberi pengalaman hebat kepada pengguna dan memenangi kepercayaan mereka terhadap produk kami.” Ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi kedudukan jenama TCL dikategorikan sebagai premium mampu milik, di mana pengguna dapat menikmati produk elektronik berkualiti dan berspesifikasi tinggi dengan harga lebih rendah.

Dengan teknologi canggih, produk berkualiti tinggi dan harga yang kompetitif, TCL yakin untuk bertapak di pasaran Malaysia.

Menjelang tahun 2025, TCL menyasarkan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 18%, penggunaan air sebanyak 27%, penggunaan elektrik sebanyak 14%, penggunaan gas asli sebanyak 70%, penggunaan EPS sebanyak 10%, serta penggunaan bahan pembungkusan bear sebanyak 6% dalam usaha melindungi masa depan bumi.

Lebih terang dengan televisen Mini LED

Sebagai perintis dan peneraju teknologi Mini LED, TCL dengan bangganya memperkenalkan teknologi generasi terbarunya iaitu C845 yang merupakan tambahan terkini kepada barisan televisen TCL Mini LED.

Dengan lebih banyak zon pemalapan tempatan yang menyediakan dimensi kontras yang tidak terhingga, kecekapan tinggi dan sudut bercahaya lebar pada Mini LED untuk mencapai tahap kecerahan tertinggi setakat ini iaitu sehingga HDR 2000 nit, malah tersedia dalam model 75 inci dan disokong oleh AiPQ Processor 3.0, TCL C845 member kualiti gambar yang luar biasa digabungkan dengan bunyi yang tiada tandingan menerusi Dolby Vision IQ dan Dolby Atmos.

Penghawa dingin TCL boleh dirasai dalam masa 30 saat dalam18 dariah Celsius d

Cuaca panas di Malaysia menjadikan penghawa dingin satu keperluan di setiap rumah.

TCL juga telah melancarkan T Pro Gentle Cool Series jenis pertengahan hingga mewah yang tidak seperti kebanyakan penghawa dingin lain yang menyebabkan ketidakselesaan dan menjejaskan kualiti tidur sera akan menyebabkan selesema dalam kes yang serius.

Bilah berbentuk S yang berliang mikro dalam siri penghawa dingin ini memberikan angin yang lebih nyaman dengan kecairan yang lebih baik untuk pengalaman penyaman udara yang lebih sihat dan selesa.

Gentle Cool series in tidak mengeringkan mata dan kulit anda, manakala angin sejuk kuat turbo padanya dapat mengurangkan suhu dalaman kepada 18 dariah Celcius dalam masa 30 saat, satu kelebihan besar apabila pulang ke rumah daripada haba 30 darjah Celcius di luar.

Tambahan pula, penghawa dingin dalam sir ini dilengkapi teknologi penyongsang atau inverter empat bintang untuk memastikan suhu tetap di samping meniimatkan elektrik.

Peralatan rumah untuk keperluan anda

TCL turut akan membawa masuk peti sejuk

AAT dengan ion oksigen negatif yang dapat menghilangkan bakteria dan bau. la dilengkapi dua bahagian simpanan bag menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan basah dan kering secara berasingan, manakala pemampat dan kipasnya dilengkapi dengan teknologi penukaran frekuensi yang menggandakan penjimatan tenaga.

Terdapat juga siri kombo pencuci-dan-pengering C210 baharu yang mampu melengkapkan bean 7 kg dalam masa 60 minit sahaja, menjimatkan masa dan elektrik. la dilengkapi dengan penyongsang DD yang dipasang terus pada dram, menjadikannya lebih stabil, selain mengurangkan bunyi serta penggunaan tenaga dan air.

Artikle Berkaitan :>

SenQ buka cawagan ke-3 di Datum Jelatek Mall, Kuala Lumpur!

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button