Ekonomi

Tawaran istimewa untuk pembeli jam pintar Amazfit T-Rex Pro mulai April

KUALA LUMPUR 31 Mac 2022 – Amazfit jenama jam pintar yang dimiliki oleh Zepp Health Corporation (Zepp Health), melancarkan tawaran istimewa untuk jam-jam pintar mulai April ini untuk pembeli dua model jam pintarnya.

Amazfit memberikan tawaran khas Ramadan pada April untuk jam pintar yang boleh didapati pada tarikh berikut 4 April, 5 April, 18 April dan 25 April 2022.

Pengarah Amazfit Asia Tenggara, Jacob Jin berkata, pembeli yang membeli T-Rex Pro pada tarikh-tarikh itu akan mendapat pelitup Amazfit percuma, kepada yang membeli siri jam pintar GTS 3 dan GTR 3 akan mendapat pengikat rambut, pelitup dan botol percuma. Hadiah-hadiah boleh didapati selagi stok masih ada.

“Amazfit adalah satu daripada jenama yang disukai golongan muda di seluruh dunia yang menjalani gaya hidup aktif dan positif dengan mengikut fesyen dan teknologi terbaru. Kini kami mempunyai lebih 100 juta orang pengguna aktif bagi produk kami termasuklah jam, gegelang, alat pendengaran telinga, peralatan kecergasan dan aksesori lain,” katanya di sini hari ini.

Jenama jam pintar yang dimiliki oleh Zepp Health, melancarkan tawaran istimewa untuk jam-jam pintar, di mana enjin AI di dalam peralatan pintar ini boleh memantau degupan jantung, mod senaman, tahap kepekatan oksigen, status tidur dan pernafasan ketika tidur yang memberikan gambaran lebih jelas tentang bagaimana keadaan badan ketika aktif atau ketika rehat.

Model T-Rex Pro direka untuk mereka yang menjalani gaya hidup luar yang aktif memandangkan ia menyokong empat Global Navigation Satellite Systems, 10 ATM kalis air, sistem pengukuran kepekatan oksigen dalam darah, penjejak cuaca, pemantau matahari naik dan turun, paparan fasa bulan semasa, kompas dan altimeter barometrik, bateri tahan lama sehingga 18 hari dengan penggunaan biasa, dan lebih 100 mod sukan berbeza.

Jacob berkata, pihakya sentiasa memastikan Amazfit sentiasa ke depan dengan menggunakan kuasa teknologi dan sains yang memberi kebebasan kepada lebih ramai orang dengan membolehkan mereka menzahirkan minat dan menunjukkan semangat aktif dengan siri perkakasan pintar yang direka untuk gaya hidup sihat dan cergas.

Beliau menjelskan Amazfit yang dikuasakan oleh system pengoperasian Zepp, menghubungkan peralatan pintar, data besar dan juga perkhidmatan pengurusan sukan dan kesihatan untuk memberikan pengalaman pengguna dan pengalaman memakai yang tersendiri.

Peralatan pintarnya dibuat khas untuk kegunaan harian ataupun di luar sama ada untuk kesihatan atau bersukan, termasuklah alat pendengaran sukan di telinga stereo tanpa wayar, mesin sawat injak pintar, skala komposisi badan pintar dan peralatan sukan.

Model jam pintar Amazfit yang lain termasuklah Bip U Pro yang direka khas untuk mereka yang mahukan gaya hidup lebih sihat dan aktif untuk kekal cergas ataupun menjaga badan. Bip U Pro didatangkan dengan 50 muka jam untuk disesuaikan dengan mood dan pakaian atau pengguna boleh juga memuatnaik foto mereka untuk muka jam yang lebih tersendiri.

“Mereka yang mahu kekal berfesyen dan pada masa sama menikmati sukan boleh menggunakan jam pintar mini GTS 2 dengan reka bentuk ultra nipis dan ringan. Ia juga didatangkan dengan 60 mod sukan untuk pengalaman sukan lengkap di dalam dan di luar,” katanya lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran Ramadan, sila layari www.amazfit.com/en atau platform e-dagangan Amazfit bit.ly/Amazfit-MY-SHOPEE dan bit.ly/Amazfit-MY-Lazada.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button