Jenayah

Kanak-kanak dibunuh sebelum dilaporkan hilang

SEPASANG suami isteri mengaku tidak bersalah dakwaan membunuh seorang kanak-kanak berusia empat tahun selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret, Kuching, hari ini.

Mengikut pertuduhan, Ling Kok Liang, 51, dan isterinya Wendy Chai Xue Zhen, 36, juga merupakan penjaga kepada Eric Chang Wei Jie, yang didakwa secara bersama membunuh kanak-kanak berkenaan di sebuah rumah di Taman Riverview, Jalan Daya, Bintawa antara jam 5 petang 4 Mac hingga jam 9.15 pagi 7 Mac lalu.

Pada 7 Mac lalu, ibu mangsa, Dynasty Chang Ka Hui, 25, membuat laporan di Balai Polis Bintawa berhubung kehilangan anak lelakinya selepas gagal mencari anaknya yang dilaporkan hilang daripada rumah penjaga.

Berikutan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan pencarian dilakukan di kawasan Bintawa di sini.

Bagaimanapun, kes berkenaan kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Justeru Hakim Majistret Zaiton Anuar kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 9 Mei ini dan turut memerintahkan kedua-dua tertuduh ditahan reman di Penjara Puncak Borneo, sementara menunggu tarikh itu. – Berita Harian – SM

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button