Nasional

Tatkala UMNO dipandang hina dan sepi, Pemudalah yang berani rancang gerakan

BERMULA dari kekalahan pada PRU-14, ‘Bangkit Kembali’ menjadi slogan Pemuda UMNO dalam merancang gerakan dan mengorak langkah ke depan biar pun dapa ketika itu UMNO dipandang hina dan sepi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, biar pun ditekan hebat oleh musuh dan lawan, Pemuda yang menggenggam amanah merancang ‘Rekayasa Kebangkitan’ dengan pelbagai usaha.

“Bahtera UMNO ini sudah pasti tidak akan sunyi dari dilanda badai namun, kitalah anak kapal yang terus setia bersama nakhoda menempuh samudera perjuangan yang penuh gelora.

“Kitalah yang bertahan dan terus beristiqamah menyambung legasi sebuah perjuangan. Kitalah yang menjadi harapan dan sandaran masa depan UMNO untuk terus melakar kebangkitan demi kebangkitan,” katanya.

Asyraf berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Sehubungan itu, demi memastikan UMNO bangkit bermaruah, Asyraf menyarankan akar umbi untuk tenang sambil meneruskan navigasi memandu arah Pemuda menuju ‘Destinasi Kebangkitan’.

“Dengan ketinggian iltizam, kita terus bekerja kuat, berusaha dari semasa ke semasa demi memastikan UMNO kembali ‘Menjulang Mandat Rakyat’.

“Dan kemuncaknya, kitalah Pemuda yang menjadi barisan hadapan memasuki medan peperangan, berjuang dengan penuh keikhlasan bersama impian tertegaknya sebuah Kerajaan yang berteraskan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button