Hiburan

Tasha Shilla hamil lima bulan

Selepas lama menyepi, pelakon, Tasha Shilla memaklumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan.

Tasha berkata, dirinya kini berada dalam keadaan yang baik dan memohon doa semua supaya urusannya dipermudahkan.

“Saya memohon semua mendoakan supaya bayi dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat sehingga dilahirkan.

“Jujurnya saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan-rakan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami sekeluarga,” katanya.

Untuk rekod, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris berkahwin pada Februari lalu dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah.

Pasangan itu berkahwin selepas kali dua bulan menjalinkan hubungan percintaan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button