Hiburan

Adibah Noor terkena bells palsy di muka, tiada yang membimbangkan!

PENYAKIT angin ahmar atau stroke menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira siapa. Baru-baru ini, dikhabarkan artis Adibah Noor diserang mild stroke di mukanya atau bells palsy. Terdahulu, artis Faye Kusairi turut terkena serangan bells palsy iaitu lumpuh di bahagian otot muka.

Adibah yang juga seorang penyanyi, pengacara program lawak stesen televisyen berbayar boleh lagi buat ‘lawak’ sewaktu menjalani rawatan bells palsy.

Menggunakan istilah ‘repair otak jap’, Adibah memberi gambaran kepada masyarakat di luar sana bahawa serangan bells palsy di mukanya tidak perlu dibimbangkan.

Kiranya, dia baik-baik sahaja dan rawatan yang dijalaninya memberi kesan positif.

Sesiapa yang mengikuti catatan Adibah Noor, tentu sudah terbaca catatannya yang berbunyi begini:
“repair otak jap hehe
#belspalsy
#roadtorecovery

Peminat Adibah Noor semestinya menitipkan doa agar kesihatan wanita itu kembali seperti sedia kala.

Untuk pengetahun am semua, bells palsy ialah satu keadaan kelemahan otot muka disebabkan oleh urat muka mengembang atau inflamasi.

Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan kebiasannya, berlaku di bahagian muka manakala faktor penyebabnya pula, masih kurang pasti.

Majoriti mereka yang terkenal bells palsy ini akan pulih dalam tempoh beberapa minggu, paling lama pun, tiga bulan. – SM

(Visited 1,159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button