Nasional

Tarik balik muzik video raya – Menteri Agama

BARU-BARU ini ramai netizen mengecam tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang mengeluarkan muzik video lagu raya yang dianggap tidak bersesuaian dengan imej Islam.

Berpakaian tidak senonoh dan tarian lembut serta ‘gedik’ yang ditampilkan mengundang marah netizen kerana dilihat mempunyai unsur tertentu dan bercanggah dengan amalan dan norma masyarakat negara ini.

Sehubungan dengan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad mahu mengadakan perjumpaan dengan usahawan kosmetik tersebut bagi tujuan jalinan ukhwah selain menasihati beliau untuk menarik balik video raya berkenaan.

Perdebatan yang agak panas ketika umat Islam masih lagi mengejar ibadah di 10 hari terakhir Ramadan dan menantikan kemenangan besar Aidilfitri malah ia dicemari oleh muzik video berkenaan yang jauh dari adab ketimuran dan ajaran Islam.

Idris juga sempat menyeru agar semua umat Islam menjaga sensitiviti berkaitan agama dan mengetahui batas terhadap hiburan yang ditonjolkan. – SM

Baca juga: Aliff Syukri tuduh netizen tidak tahu menilai seni, Aliff Syukri beri keterangan kepada SKMM, Individu yang terlibat dalam klip video Raya Aliff Syukri akan dipanggil SKMM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button