Nasional

Aliff Syukri beri keterangan kepada SKMM

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pagi ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung klip video rayanya.

Beliau dilihat diiringi dua lelaki dan terus masuk ke dalam bangunan SKMM.

Ketika ditanya pemberita yang menunggu beliau hanya berkata: “Maaf, saya kena masuk ke dalam untuk beri keterangan.”

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata SKMM akan memanggil individu yang terlibat dengan klip video muzik sempena Aidilfitri yang menerima kecaman hebat.

Kata Annuar, SKMM telah membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat perkara tersebut di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Klip video Aliff Syukri dikecam hebat memaparkan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan tidak sopan dengan menggayakan pakaian yang disifatkan netizen sebagai tidak menghormati bulan Ramadan.  –SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button