Nasional

Tapak Bina Projek Hospital Cyberjaya ungguli anugerah sulung MiSHA

AMALAN aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta alam sekitar khususnya berkaitan pembinaan projek memangkin kemenangan Gadang Engineering (Malaysia) Sdn. Bhd. terpilih sebagai penerima anugerah utama MiSHA Golden Safety Award 2021 menerusi Tapak Bina Projek Hospital Cyberjaya.

Syarikat itu memenangi anugerah yang julung kali diadakan dianjurkan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Malauysia (MiSHA) menewaskan 19 penyertaan lain yang 10 daripadanya adalah dalam sektor pembinaan dan selebihnya pula dari perkilangan serta perkhidmatan.

Selain Gadang Engineering, turut terpilih untuk menerima anugerah tersebut termasuklah Tapak Bina Petronas Chemicals Methanol Labuan oleh MIE Industrial Sdn Bhd; dan Teluk Kalong Yard oleh Sapura Pinewell Sdn Bhd.

Menurut Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaannya, Mohd Hafizudeen Hassan, amalan aspek keselamatan dan kesihatan di tapak projek amat dititikberatkan dan yakin mampu menjadi contoh terbaik pekerja dan syarikat pembinaan.

“Kami percaya kejayaan ini dapat meningkatkan moral pekerja sekaligus memastikan tahap keselamatan terus menjadi keutamaan dan dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah berkenaan merupakan satu usaha pengiktirafan terhadap pelbagai sektor industri yang sentiasa mampan dalam mengekalkan standard keselamatan, kesihatan dan alam sekitar walaupun berdepan dengan masa mencabar akibat pandemik  Covid-19.

AZIZ BASIRAN

Presiden MiSHA, Aziz Basiran memaklumkan, anugerah ini menampilkan proses pengadilan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian dan peserta diminta membentang dan menjawab soalan dikemukakan oleh 10 juri berpengalaman

Tambahnya, antara yang diiktiraf adalah Pasukan Tindakan Kecemasan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pengurusan Asrama Pekerja, Pengurusan Tapak Bina dan Tempat Kerja dan Pengurusan Alam Sekitar di Tempat Kerja.

“Pada tahun ini, kita memfokuskan kepada pasukan khas tersebut kerana mereka merupakan barisan hadapan dan risiko yang mereka hadapi amatlah besar demi memastikan wabak Covid-19 ini dapat diputuskan dan tidak menular di kalangan pekerja,” ujarnya.

Menurutnya lagi, organisasi yang terpilih telah membuat pembentangan secara maya berkaitan amalan-amalan cemerlang yang berkaitan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar yang telah dijalankan di tempat kerja. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button