Hiburan

Tangan Que Haidar sejuk, berpeluh kerana Beto Kusyairy

Lebai Sampan pertemukan Que dan Beto

AKTOR bernama Que Haidar adalah antara pelakon lelaki tanah air yang duduk dalam kelasnya yang tersendiri. Penglibatan beliau dalam bidang seni lakon bukanlah baharu namun hari ini, Que tetap merasakan dirinya gugup dan gementar apabila berhadapan dengan lawan lakonnya iaitu Beto Kusyairy.

Dalam telemovie istimewa sempena Aidiladha nanti, Lebai Sampan akan ditayangkan pada malam 9 Julai, 10 malam di Astro, Que dipertemukan dengan Beto.

“Saya pernah beberapa kali berlakon dengan Jalil Hamid tetapi dengan Beto, kami tak pernah bertembung. Bahkan dalam filem Syaitan, saya tak bertembung dengan beliau. Itu beberapa belas tahun lalu.

“Saya bertemu semula dengan Beto dalam Gila Baby. Itupun saya sebagai watak cameo.

“Lebai Sampan, ini kali pertama saya bertemu, bekerja dengan beliau. Kita tahu how brilliant persembahan dia,” kata Que dalam sidang media yang diadakan secara maya hari ini.

Mengimbas kembali penggambaran Lebai Sampan, kata Que, “saya sudah tiga hari di set penggambaran. Dia (Beto) datang set hari pertama.

“Hari ni scene saya dengan Beto. Produser bagitau, belakang kereta Beto follow kita. Saya nervous sebab tak tau pembawakan diri dia kat set.

“Kita tahu acting dia, kerja kerja beliau. Dia keluar kereta lambat sikit. Dia salam dengan semua kru dan datang kat meja saya.

“Saya kata padanya, Beto boleh tak jangan dekat-dekat dengan saya.. saya nervous.”

Respons daripada Beto apabila mereka berjabat salam, “Sejuknya tangan awak (Que).. tangan awak berpeluh-peluh. Awak jangan macam tu, kita sama-sama nervous.”

Kata Que, kita akhiri perbualan dengan gelak tawa.

Akui Que, dia hanya mampu makan tiga suap nasi lemak, letak tepi. Ready kan diri ..untuk scene kami.

Kata Que tentang Beto, “Beliau antara the best sparing yang faham kerja dia, tahu kerja dia sebagai seorang pelakon, ready, kerana berlakon bukan kerja yang mudah.

“Apabila ada discussion sikit, tak banyak, understanding. Dia (Beto) memang pelakon berbakat. Dia intelligent, sangat mudah bekerja dengan dia.

“Itu 6 mukasurat kita bergaduh… habis scene tu, kami berpelukan dan thank each other,” cerita Que tentang pengalamannya berhadapan dengan Beto sebagai lawan lakon dalam telemovie Lebai Sampan yang turut membariskan pelakon seperti Ruminah Sidek dan Puteri Balqis.

Kata Que lagi, beliau memang meragui dengan diri dan kewibawaannya sebagai seorang pelakon. Namun apa yang dinyatakan oleh Que adalah kerana dia ada arah, tidak mahu menampilkan karakter yang stereotype.

Bagaimanapun, kata Que, menerima tawaran naskhah Lebai Sampan, “mereka orang sekeliling beri support. Agak susah tapi dapat bertemu dengan Hatta (individu sebenar yang nama watak dilakonkan oleh Que) itu sendiri. Dia loud tapi dia peramah. Benda tu yang buat saya selesa.

“Berlakon memang susah. Bila kita bawa watak, orangnya ada, lagi susah. Dia kat set. Belakang kamera.. tengok… bertambah nervous … tapi dia sangat warm, welcome, supportive. Dia buat saya selesa.

“DOP, saya selesa boleh discuss. Meeting, bincang untuk perbaiki, apa yang ada. Kalau boleh saya nak buat terbaik, semampu dan sebaik mungkin.

“Dengan penulis skrip Lebai Sampan, saya selesa bekerja dengan mereka. Bila dapat naskhah begini, memang saya nervous. Kalau tak ada proses discussion, mungkin akan lebih susah bagi saya. Preparation untuk semua karakter, tak skip proses.”

Kata Que lagi, dia memang ada perasaan diri (sebagai pelakon) tak bagus.

“Setiap karakter, lain-lain. Tak nak bawa watak yang sama. Oleh itu, saya ambil sesuatu job dan saya pastikan sentuhannya lain. Tak boleh selesa. Kena kerjakan diri saya,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button