Politik

Tanding ahli Bebas, kena pecat, kata Hadi Awang

TAK boleh jadi katak, tak boleh melompat. Kalau bertanding sebagai ahli Bebas, hukumannya kena pecat dari parti PAS, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ini bukan sekadar satu peringatan kepada ahli-ahli PAS tetapi kalau dilihat pada sisi pandangan yang lain, ini amaran yang juga merupakan mengilas tangan ahli dalam parti ke belakang.

Program Townhall Bicara Negarawan dan Agamawan Untuk Rakyat Malaysia di Dewan Konvensyen I-City di Seksyen 7 program Townhall Bicara Negarawan dan Agamawan Untuk Rakyat Malaysia di Dewan Konvensyen I-City di Seksyen 7. – GAMBAR FACEBOOK

Kalau dikatakan tiada kebebasan, mereka yang duduk dalam parti itu ada bai’ah dan kesetiaan kepada parti adalah dituntut supaya ia menanding nafsu kuasa kalau menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Hadi berkata, bertanding sebagai calon Bebas adalah dilarang kerana tindakan itu dianggap melanggar disiplin parti.

Beliau berkata, “semua nama calon dihantar ke pusat. Calon-calon diuruskan oleh Dewan Ulamak dan kita fikirkan calon manakah yang kita hendak pilih.”

Katanya lagi, “yang penting disiplin parti kena ikutlah. Kalau tidak ikut, automatik dipecat. Kita pecat.”

Program Townhall Bicara Negarawan dan Agamawan Untuk Rakyat Malaysia di Dewan Konvensyen I-City di Seksyen 7. – GAMBAR FACEBOOK

Beliau berkata demikian pada program Townhall Bicara Negarawan dan Agamawan Untuk Rakyat Malaysia di Dewan Konvensyen I-City di Seksyen 7 yang mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun hadir sama.

Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor yang mendesak Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau supaya berundur dan tidak bertanding di kerusi majoriti Melayu di Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini.

Terdahulu, Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Kawasan Tasek Gelugor, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar dilaporkan berkata, pihaknya akan menggerakkan seluruh jentera untuk berarak secara besar-besaran sebagai calon bebas sekiranya Dominic masih berkeras untuk menjadi calon di kawasan majoriti Melayu.

Jelasnya, gerakan jentera itu juga akan dilakukan bagi DUN Permatang Berangan sekiranya calon daripada Bersatu dipertaruhkan untuk kerusi tersebut.

BACA Penyatuan Islam impian sekian lama Hadi Awang

BACA Polis sahkan Hadi Awang disiasat sentuh isu 3R

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button