BanjirLuar Negara

Tanah runtuh, banjir di Jepun: 76 maut, 13 hilang

Pulau Kyushu paling teruk antara 21 wilayah

ANGKA korban dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang melanda Jepun sejak awal Julai ini bertambah kepada 76 orang,.

Sehubungan itu, misi mencari dan menyelamat 13 yang hilang masih diteruskan, lapor agensi berita Sputnik yang memetik laporan NHK hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa ditemui dalam keadaan kritikal oleh anggota penyelamat.

Lebih 15,000 rumah rosak susulan hujan lebat di 21 wilayah di Jepun, kebanyakan yang terjejas di Pulau Kyushu.

Hujan lebat dijangka berterusan sehingga minggu ini, memetik pegawai meteorologi. – SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button