KesihatanRencah HidupRencana

Tak Perlu Berlapar, Ini 5 Makanan Rendah Kalori Tetapi Mengenyangkan!

Anda tahu tak sebenarnya ada banyak makanan yang boleh membuatkan anda rasa kenyang? Berikut antara variasi makanan yang boleh membuatkan anda rasa kenyang malah rendah kalori!

1. Bijirin oat

Bijirin oat bukan sahaja rendah kalori tetapi ianya juga kaya dengan sumber protein dan serat yang mampu membuatkan anda rasa kenyang tanpa perlu makan secara berlebihan. Menurut satu kajian yang dijalankan kepada 48 orang dewasa, makanan seperti bijirin oat meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan rasa lapar serta membantu anda menyekat pengambilan kalori untuk hidangan seterusnya.

2. Kentang rebus

Antara sebab mengapa kentang merupakan makanan yang mengenyangkan adalah kerana ianya mengandungi protein Proteinase Inhibitor 2 (PI2) yang mampu menyekat selera makan. Malahan, kentang juga mengandungi kandungan air dan karbohidrat yang tinggi serta kaya dengan sumber vitamin dan mineral seperti vitamin C dan potassium. Ini bermakna kentang sangat sesuai untuk dimakan sebagai hidangan utama malah boleh dijadikan snek. Tapi, anda perlu ingat, yang berkhasiat adalah kentung rebus bukan kentang goreng ya!

3. Telur


Telur merupakan makanan yang bukan sahaja sihat malah padat dengan nutrisi. Sebiji telur mengandungi 6 gram protein dan 9 jenis vitamin amino. Oleh kerana itu, telur boleh meningkatkan rasa kenyang dengan cepat dan membantu anda mengambil makanan yang rendah kandungan kalori dalam masa 36 jam seterusnya!

4. Ikan

Makanan laut seperti ikan kaya dengan protein dan omega 3 dimana ianya mampu meningkatkan rasa kenyang. Kandungan protein dalam ikan memberikan anda rasa kenyang yang lebih berpanjangan berbanding dengan protein dari jenis makanan yang lain.

5. Tomato ceri

Tomato ceri adalah sayuran yang mengenyangkan malah kaya dengan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan seperti magnesium, kalsium, vitamin C dan vitamin B9. Tomato ceri juga mengandungi kadar kalori yang sangat rendah iaitu 29 kalori per 100 gram. Oleh itu, anda boleh jadikan tomato ceri sebagai hidangan yang sihat dan rendah kalori namun mengenyangkan!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button