Ekonomi

RM30 juta majukan sektor IKS Sabah

KERAJAAN Sabah memperuntukan RM30 juta daripada Belanjawan Negeri 2021 bagi memperkasakan sektor industri kecil dan sederhana (IKS).

Ini bagi memastikan sektor itu berkembang menjadi pemangkin utama kepada industri pembuatan di Sabah.

Peruntukan itu termasuk untuk menganjurkan program-program keusahawanan dalam usaha membentuk jaringan kerjasama seterusnya melahirkan usahawan baru dan berjaya.

“Pada pembentangan Bajet Negeri Sabah 2021, pembangunan IKS telah diperuntukan sebanyak RM 30 juta dan sektor Ini akan terus diberi tumpuan sebagai pemangkin utama kepada industri pembuatan,” kata Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Dr. Jaochim Gunsalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Transformasi Usahawan Sabah (TRUS-MID) di Kota KInabalu hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, program keusahawanan yang diadakan adalah bagi membantu usahawan IKS Sabah.

Katanya, ini termasuk menarik taraf kualiti pembungkusan, dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan.

“Banyak program bagi memperkasakan IKS Sabah telah dirancang oleh Kementerian saya termasuklah mengadakan kursus pembangunan keusahawanan, meningkatkan kemahiran terutama menggunapakai teknologi Baharu; memberikan insentif mesin untuk meningkatkan pengeluaran dan menambahbaik pembungkusan;serta menyertai ekspo di peringkat nasional dan juga antarabangsa bagi mempromosikan produk keluaran Usahawan IKS tempatan.

“Memandangkan penularan wabak Covid-19, maka semu pintu sempadan antarabangsa masih ditutup dan daya difahamkan hanya 1 penyertaan ekspo di peringkat antarabangsa yang berjaya disertai oleh pengesahan IKS Sabah iaitu Di Gulfport Dubai Expo, Emiriah Arab Bersatu pada bulan February 2020 lalu,” katanya.

Dr Joachim juga mengucapkan tahniah kepada agensi yang terlibat memberikan kerjasama kepada Kementerian iaitu Jabatan Pembangunan dan Perindustrian (DIDR), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Sedcovest Holdings Sdn. Bhd dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dalam menjayakan Bengkel TRUS-MID 2020 dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan program tahunan dalam keadaan norma yang baru.

Dr Joachim juga berharap agar lebih banyak lagi program keusahawanan akan dianjurkan dan diteruskan pada tahun akan datang dan lebih ramai usahawan tempatan turut serta dalam program seumpama Ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Tamin Zainal, Setiausaha Tetap Kementerian Thomas Logijin serta Pegawai-Pegawai di bawah agensi. – SM

(Visited 422 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button