Lifestyle

”Gulai kawah Raja Berangkat” tarikan utama Bufet Ramadan di Hotel Tenera

HOTEL Tenera kembali dengan pelbagai hidangan istimewa sempena Bufet Ramadan tahun ini. Menampilkan tema ‘Serantau Desa’, hotel ini membawakan citarasa tradisional yang jarang diketengahkan, termasuk menu istimewa dari negeri Kelantan – Gulai Kawah Raja Berangkat.

Chef : Sahisal Azrul

Menggunakan resipi asli yang terdiri daripada bawang, kunyit hidup, serai, kerisik, cili kering, santan serta bahan rahsia lain, gulai ini diperkaya dengan daging tulang dan kambing, menjadikannya pilihan utama bagi pengunjung yang mahukan kelainan dalam juadah berbuka puasa.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, menu ini diangkat sebagai salah satu warisan kulinari hasil kerjasama dengan Gastronomi Malaysia.

“Salah satu hidangan yang menarik perhatian ialah Gulai Kawah Raja Berangkat dari Felda Kemahang. Jika ada kenduri di sana, mereka akan memasak makanan ini. Kami mengambil inisiatif mengangkatnya sebagai menu warisan dan sedang berusaha mengumpulkannya ke peringkat UNESCO.”

Selain itu, bufet ini mengekalkan konsep gerai ala Bazar Ramadan dengan lebih 40 gerai yang menawarkan pelbagai jenis hidangan, termasuk masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, kuih-muih, buah-buahan serta aneka minuman.

Antara lebih 200 menu yang ditawarkan adalah: ✅ Nasi Dalcha Lutut Kambing
✅ Asam Pedas Huzz Power
✅ Kari Kepala Ikan ‘Mapley’
✅ Coq Langgar Padang Merdeka
✅ Kopi Gantung & Teh Chai
✅ Durian segar setiap hari
✅ Kari Kepala Salmon Jawa, Teriyaki, Lidah Bakar, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak dan banyak lagi!

Keunikan & Tawaran Istimewa Diketuai oleh Chef Sahisal Azrul Mat Said, bufet ini telah meraih anugerah Best Ramadan Buffet selama lima tahun berturut-turut sejak 2019 oleh Gastronomy Association of Malaysia.

Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal (early bird) pada RM98+ seorang berbanding harga asal RM158+, manakala harga kanak-kanak adalah RM78+ seorang.

Selain hidangan berbuka puasa, hotel ini turut menyediakan kemudahan surau dan dewan solat untuk solat Maghrib, Isyak serta Terawih, dipimpin oleh wakil Tahfiz Masjid Al-Hasanah, Bangi.

Pakej Ramadan Staycation
2 Hari 1 Malam (Bilik Superior)
✅ Bufet Ramadan & Sahur untuk 2 orang
RM390+/bilik

2 Hari 1 Malam (Suite 2 Bilik Tidur)
✅ Bufet Ramadan & Sahur untuk 4 orang
RM720+/unit

Tempahan & Maklumat Lanjut
☎️ Bufet Ramadan: 03-8929 9600 | 019-385 4796 (WhatsApp)
☎️ Tempahan bilik: 03-8929 9600 | 019-233 1796 (WhatsApp)
[email protected]
www.tenerahotel.com.my
Facebook: Hotel Tenera Bangi | Instagram: @hoteltenerabangi

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button