Nasionalpilihan

Tak pakai pelitup muka di ruang legar Parlimen, MP Pasir Salak dikompaun

AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompuan kerana tidak memakai pelitup muka di ruang legar Parlimen.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sebelum itu mengesan satu status yang dimuat naik di laman sosial memaparkan Tajuddin melanggar prosedur operasi standard (SOP) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Hasil siasatan mendapati, Tajuddin telah menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat pada semalam.

“Pada hari sama, kira-kira pukul 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang lagi individu lain di ruang legar Parlimen,” katanya.

Menurut Eng Lai, susulan pelanggaran SOP tersebut, pihaknya telah mengeluarkan satu notis kompuan terhadap beliau pada pukul 1 tengah hari tadi.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP PKP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha untuk memutuskan penularan jangkitan pandemik Covid-19. -SM

(Visited 265 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button