Luar Negara

Taiwan pertama kali lepasi 50,000 kes harian Covid-19

BUAT julung kalinya, kes harian Covid-19 di Taiwan hari ini melebihi angka 50,000 dengan 50,828 kes baharu.

Taiwan turut mencatat 12 kematian. Demikian menurut laporan Pusat Pencegahan dan Kawalan Epidemik (CECC).

Kes baharu itu terdiri daripada 50,780 jangkitan tempatan dan 48 kes import, lapor Agensi Berita Pusat (CNA) pula.

Sementara itu, menurut CECC, kes kematian melibatkan lapan lelaki dan empat wanita berusia 20-an hingga 90-an.

Sehingga kini Taiwan telah mencatatkan 448,323 kes Covid-19 manakala kes kematian sebanyak 943 sejak pandemik bermula pada awal tahun 2020. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button