Belang Bertempat

Tahniah, konsert pemuja LGBT berlangsung dengan jayanya!

KONSERT ‘Coldplay: Music of the Spheres World Tour’ bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil tetap diteruskan malam kelmarin walaupun dalam keadaan hujan.

Konsert itu diteruskan selepas Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Mufti berhubung dilema sama ada konsert tersebut diteruskan atau pun tidak.

Ya atas tiket kononnya artis berkumpulan Barat itu menyokong Palestin maka penganjurannya diteruskan. Tahniah kerajaan Malaysia, konsert pemuja LGBT berlangsung dengan jayanya.

Wirawati PUTRA melihat di media-media sosial kecoh dengan ‘KELULUSAN KELMARIN’ dan publisiti besar-besaran konsert ini selepas dikatakan menyokong Palestin, kata Ketua Pergerakan Wirawati PUTRA, Nurhafizah Jamalludin dalam satu kenyataan.

“Wirawati kecewa apabila pandangan dan gesaan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah supaya penganjur membatalkan konsert ini ekoran disifatkan tidak mendatangkan manfaat kepada negara diketepikan demi meraikan konsert LGBT ini.

“Persoalannya, Malaysia sendiri sudah tidak ada idea lainkah untuk dibuat selain dari terus menerima permohonan penganjuran konsert orang luar yang kita semua maklum kumpulan berasal daripada United Kingdom ini menyokong kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)?

“Ia terang-terangan bertentangan dengan nilai murni serta budaya di Malaysia. Lebih menggusarkan lagi apabila sasaran pengunjung adalah golongan anak muda Melayu-Islam di Malaysia,” kata Nurhafizah dalam kenyataan yang sama.

Wirawati menegaskan konsep boikot yang heboh dimainkan pelbagai pihak sepatutnya lebih besar dan bukan berbentuk selektif.

Beliau berkata, jika sesuatu barangan atau produk Israel boleh diboikot, mengapa yang terang-terangan membawa agenda songsang ini, kita boleh pejam mata sahaja?

“Kerajaan wajar mewujudkan sekatan kepada mana-mana individu atau kumpulan penghibur yang dilihat mampu mengancam dan mengganggu-gugat akidah umat Islam dan kefahaman beragama setiap rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Nurhafizah sekali lagi berkata, walaupun dikatakan Coldplay ini menyokong Palestin, ia tidak menjadi tiket untuk meneruskan konsert.

“Kerajaan sepatutnya lebih faham mudarat yang lebih buruk iaitu keruntuhan akhlak orang Islam dan tidak mustahil selepas ini akan ada gerakan, permintaan untuk adakan konsert pesta oleh individu atau kumpulan seumpama ini lagi.

“Ia boleh menjadi jarum halus kepada pengiktirafan perbuatan yang liberal dan bercanggah dengan akidah Islam selaku agama bagi Persekutuan.

“Jika PM Anwar Ibrahim betul-betul tegas dengan pendiriannya mengenai isu Palestin, PM Anwar Ibrahim sepatutnya lebih lantang lagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka dan menggesa seluruh pemimpin di bawah kepimpinannya agar mengelakkan dari menganjur program yang  boleh mengwujudkan kontroversi terhadap pegangan rakyat Malaysia,” kata Nurhafizah.  – SM

BACA Benarkah Coldplay sebuah band barat yang tidak jijik dengan agenda LGBT?

BACA Pemuda PAS personal mengapa kumpulan muzik pro-LGBT dibenarkan masuk

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button