Syed Saddiq akan umumkan minggu depan sama ada akan pertahan Muar
PRESIDEN Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman belum membuat keputusan sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar atau bertanding di kawasan lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Memetik lapora Free Malaysia Today, beliau akan membuat pengumuman itu, sama ada pada Ahad ini atau Sabtu depan, pada satu acara di Muar.
Mengenai persetujuan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan Muda bagi PRU15, Syed Saddiq berkata, ia adalah perkembangan yang baik dan membawa harapan bahawa gabungan itu dapat menguasai semula Putrajaya.
“Saya akan meneruskan rundingan dengan PH untuk memastikan kita memperjuangkan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.
Syed Saddiq menambah, parti itu juga akan mengadakan perbincangan mengenai penggunaan logo PH dan peruntukan kerusi.
Pada pilihan raya umum lalu, Syed Saddiq memenangi kerusi Parlimen Muar dengan majoriti 6,953 undi atas tiket PH, menewaskan calon Barisan Nasional dan Pas.
Ketika itu beliau bertanding atas tiket Bersatu. – SM