Syawal istimewa tahun ini buat ramai lupa …
SEMINGGU sejak Syawal bertandang, keadaan kampung kembali sunyi. Tiada lagi gelak dan tawa anak-anak, adik beradik dan sanak saudara dalam menyambut raya yang penuh makna ini.
Kembali kepada kehidupan biasa, nampak mudah tapi sangat sakit untuk berpisah kembali dari ibu, ayah dan keluarga. Terasa sangat cepat masa berlalu, baru sahaja kita riuh dengan Syawal tahun ini, tup tup Syawal pun dah nak pergi!
Kehangatan Ramadan yang meninggalkan kita saat kita tidak bersedia melepaskannya hari itu pun masih lagi sakit. Tapi apakan daya, inilah makna kehidupan, orang kata tidak mudah untuk MOVE ON tapi rindu itu sangat istimewa. MANISNYA RINDU lah katakan.
Berat kaki melangkah berat lagi perasaan yang ditanggung ketika lambaian ibu diiringi tangisan perpisahan rindukan anak-anak di perantauan.
Lupa sekejap bahawa kita ada komitmen kerja yang perlu diberi tumpuan. Syawal kali ini sangat istimewa selepas dua tahun ditangguh kan?
Bukan sahaja satu Malaysia huru hara kerana pengumuman saat akhir raya, malah Syawal kali ini diraikan penuh kemeriahan dan ketakwaan.
Berat hendak meninggalkan Ramadan, tapi menyambut kemenangan selepas sebulan berpuasa pun antara perkara yang dituntut. Meraikan Syawal pun satu ibadah!!
Raya tahun ini sangat istimewa walaupun tiada persediaan makanan raya seperti ketupat, lemang, rendang dan lain-lain tetapi masih boleh disambut meriah!!
Ini maknanya, kemeriahan raya bukan bergantung kepada sajian makanan tetapi ikatan persaudaraan sesama kita.
Tangan dihulur mohon kemaafan seikhlasnya, bila lagi hendak rasa kecuali Syawal kan?
Justeru, raya tahun ini banyak menyedarkan kita bahawa kemeriahan itu bukan dilihat dari persediaan sajian makanan tetapi istimewanya hubungan persaudaraan sesama Islam. SUNGGUH RINDU AKAN KEMERIAHAN SYAWAL. – SM