Rencana

Surat terbuka kepada Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara

KOMENTAR

Oleh PENA SAUJANA

MERUJUK pada tulisan terbaharu Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara yang menyentuh mengenai tindakan drastik UMNO selepas keputusan kes SRC International DS Najib Razak, ia amat berat sebelah.

Dalam analisis emosionalnya, Tun Hamid menyatakan bahawa beliau terjerumus untuk mengulas kenyataan DS Zahid Hamidi yang mempertikaikan keputusan kes SRC DS Najib Razak dan bekas Yang Arif itu mendakwa kononnya UMNO KELUAR PN KERANA MARAH NAJIB DIDAPATI BERSALAH? .

Penulis berpendapat Tun Hamid telah tersasar jauh dan mempunyai niat tertentu cara mentafsirkan kenyataan UMNO berkenaan khasnya yang datang dari Presidennya, DS Zahid.

Tulisan Tun Hamid boleh mengelirukan lagi masyarakat dan penulis berani mengatakan dia bersikap emosional cara menulis rencana tersebut dan sepatut nya sebagai seorang Yang Arif sepatut nya mengulas secara tepat lagi berfakta. Sungguh malang.

Biarlah penulis ulas apa sebenar nya yang dinyatakan oleh Tun Hamid itu tersasar dari kenyataan DS Zahid yang tenang menerima keputusan penghakiman yang penuh dramatik itu. Pemimpin akar umbi itu masih mampu menahan perasaan sedih apabila bekas ketuanya yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar, dijatuhkan hukuman sedemikian rupa.

DS Zahid yang kini mengantikan bossnya memikul amanah berat sebuah parti Melayu yang memerintah selama 60 tahun hanyalah menyatakan pandangan parti yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi.

Sudah tentu taat setia dan setiakawan DS Zahid kepada DS Najib, berpisah tiada. Mereka BERDUA adalah Sahabat SEJATI. Bukan seperti sesetengah pihak yang mengerumuni boss apabila kepingin habuan atau nak jadi calon PRK atau PRU. Kini masih berlaku termasuk mereka yang sudah dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri yang lupa dunia sebenar.

Semasa DS Zahid di soal oleh wartawan di mahkamah dia baru keluar dari bilik perbicaraan bersama DS Najib selepas saja keputusan mahkamah di buat oleh Hakim.

Kenyataan DS Zahid tidak ada cacat celanya sebagai Presiden parti di mana bekas Presiden nya didapati bersalah pada 7 pertuduhan (angkara fitnahan @ fabricated trial cases) yang telah dirancang oleh Regim 22 bulan pimpinan PM ke-7 yang dari rekod kerjayanya dulu semasa menjadi PM selama 22 tahun juga dikenali seluruh dunia sebagai PM yang mahazalim dan bertindak secara kejam pada seteru politik dia.

Kerja-kerja terkutuk pemimpin dari Kerala itu apabila dia telah menganiayai DSAI dalam kes liwat dan kita tahu bagaimana banyak saksi-saks di seksa semasa soal siasat oleh instrumen kerajaan di bawah kawalan dia.

Kes DSAI telah menjadikan “The dark days to Justice System” pada negara ditambah pula dengan case dismissal of Tun Salih Abas, our well respected Lord President dan beberapa well learned Supreme Court Judges juga menerima nasib yang sama di malukan dan disingkir dari jawatan masing-masing. Ini kerja mahafiraun.

Hingga hari ini ada tidak PM ke-7 memohon maaf pada mereka mereka itu? Mereka yang dianiayai itu hanya dibela oleh kerajaan pimpinan Pak Lah tetapi sejarah membuktikan bahawa Mahathir tidak pernah mengaku salah.

Walhal dialah menyalahgunakan kuasa yang dimiliki untuk menjalankan pentadbiran mengikut selera dia dan bukan mengikut Rule Of Law dan Separation Of Power tidak ada dalam kamus pentadbiran Mahathir semasa dia memerintah negara kita. Ini fakta bukan auta.

Berbalik pada pemerintahan dia selama 22 bulan yang angkara dia sendiri terlepas menjadi kembali PM ke-8 dan dia tetap mengamalkan cara sama dengan membawa masuk political appointment bagi jawatan-jawatan penting negara seperti AG Thomy Thomas dan beberapa Hired Senior Lawyers seperti Sri Ram Gopal dan pelantikan IGP serta Latifah Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Semua mereka terlibat membuat pertuduhan politik dengan niat menghancurkan maruah serta mempenjarakan semua musuh-musuh politik dia.

Dan ini dapat disaksikan sendiri dengan tuduhan pada DS Najib sebanyak 47 dan DS Zahid dengan 87 kes. Yang turut kena ialah Ahmad Maslan, SUA UMNO yang lantang mengkritik Pakatan Harapan.

Begitu juga ada tuduhan pada keluarga DS Najib termasuk isterinya dan anak-anak dia yang tidak berdosa dengan tuduhan bawah Income Tax Act 1967 berjuta-juta ringgit nilainya tuntutan serta denda. Jika dilihat cara pertuduhan-pertuduhan itu, ianya adalah tidak reasonable dan berniat niat jahat.

Kita menyaksikan bahawa waima sekarang Regim Mahathir telah tumbang tetapi kes-kes itu sepatutnya di gugurkan tetapi mengapa diteruskan, masih menjadi soal tanya?. Adakah pemimpin tertinggi sekarang masih mendapat arahan pemimpin dari Kerala itu?

Yang aneh dan menakjubkan, rakyat amat menghairankan mengapa Mahathir menggugurkan kes-kes geng-geng dia termasuk kes banglo LGE dan kes terowong dan anak didik dia yang dilantik menjadi Senator.

Persoalan penulis mengapa Tun Hamid tidak mempersoalkan perbuatan Regim Mahathir 22 bulan memerintah itu mengugurkan kes2 yang tidak mengikut lunas undang-undang atau rule of laws atau confine to book!

Penulis berpendapat tulisan Tun Hamid adalah berat sebelah dan beremosi serta tidak faham bahawa keputusan DS Zahid mengatakan UMNO tidak akan bersama-sama Perikatan Nasional adalah political decision demi hendak menyelamatkan Muafakat Nasional (MN) yang proven very viable and very effective political engagement di mana keputusan PRK sebanyak 6 kali berturut-turut MN menang dengan penuh bergaya.

Walaupun Tun Hamid cukup arif sebagai pengamal undang-undang tetapi Tun Hamid bukan lah seorang ahli politik. Beliau lemah dalam bidang politik dan terjahan dalam artikelnya diselubungi kebencian mendalam. Dalam keputusan politik ianya amat berbeza kerana kepentingan pengundi@rakyat @serta ahli akar umbi menjadi keutamaan Presiden sebuah parti.

Oleh itu, Tun Hamid kena banyak membaca dan mendapatkan fakta-fakta betul dan bukannya fakta yang dibaluti dengan emosi dan kebencian.

Tun Hamid harus faham bahawa UMNO tidak pernah keluar Perikatan Nasional kerana UMNO tidak pernah masuk PN. Sokongan kepada Kerajaan PN hanyalah merupakan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO bukan sokongan sebagai parti politik. Minta Tun Hamid jangan terkeliru dengan perkara mudah ini.

Bekas Ketua Hakim Negara itu kena faham bahawa tidak timbul keputusan besar UMNO dengan hukuman penghakiman DSN kerana MKT UMNO telah membuat keputusan awal mengenainya dan Presiden UMNO mengumumkannya ketika itu, kebetulan parti Bunga atau PPBM berminat untuk menyertai Muafakat Nasional.

Bagi penulis, tulisan Tun Hamid sangat berat sebelah tanpa mengetahui fakta sebenar. Jangan kita merendahkan martabat kerana semata-mata dendam atau rasa kebencian yang amat sangat kepada parti atau individu.

(Pena Saujana adalah penganalisis undang-undang dan politik).-SM

(Visited 1,918 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button