Negeri

Sultan Selangor titah henti pertelagahan berkaitan solat di masjid

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar tidak ada pihak yang bertelagah berhubung keputusan menghadkan bilangan jemaah bagi solat fardhu dan solat Jumaat di masjid-masjid di negeri itu.

Sultan Sharafuddin bertitah, keputusan tersebut telah diambil sebulat suara oleh pihak berwajib demi keselamatan umat Islam di Negeri Selangor

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Baginda kesal kerana ada segelintir pihak yang tidak berfikir panjang dan hanya mementingkan diri.

Pihak tersebut sanggup memudaratkan jemaah lain dengan meminta masjid dan surau dibuka semula seperti biasa.

“Baginda tidak mahu lebih ramai lagi rakyat Negeri Selangor mendapat jangkitan akibat lalai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan prosedur operasi standard (SOP) sehingga boleh menyebabkan kematian.

“Selepas ini, Baginda berharap tidak ada lagi pihak yang bertelagah sesama sendiri berhubung keputusan yang telah diambil sebulat suara oleh pihak berwajib ini, demi keselamatan umat Islam di Negeri Selangor.

“Tegas Baginda lagi, tidak bererti jika masjid dan surau ditutup maka amal ibadah juga akan terhenti,” kata Mohamad Munir dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Sharafuddin memahami kegusaran dan kebimbangan umat Islam di Selangor berikutan keputusan yang diambil menyebabkan mereka masih belum boleh solat fardu dan solat Jumaat di masjid.

Baginda juga telah membaca rayuan yang disalurkan menerusi Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan juga permohonan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta kebenaran supaya Islam dibenarkan bersolat di masjid.

Baginda menegaskan keputusan untuk menghadkan bilangan jemaah di masjid-masjid selaras garis panduan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah demi menjaga keselamatan umat Islam.

“Bagaimanapun, Baginda menegaskan bahawa keputusan yang dibuat untuk menghadkan bilangan jemaah di masjid-masjid adalah demi menjaga keselamatan seluruh umat Islam.

“Apatah lagi, statistik terbaharu di Negeri Selangor membabitkan kes-kes jangkitan wabak Covid-19 masih lagi meningkat dengan jumlah kematian yang tinggi.

“Ketika ini, jumlah kes positif di Negeri Selangor telah mencecah 5 digit dan 3 digit bagi angka kematian.,” kata Mohamad Munir.-SM

(Visited 529 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button