Nasional

Sultan Selangor sah Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Istana beri pencerahan laporan kedudukan JAKIM

LAPORAN bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diletakkan bawah bidang kuasa Majlis Raja-raja susulan mesyuarat majlis berkenaan baru-baru ini adalah “kurang tepat dan boleh mengelirukan”, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad.

Dalam satu kenyataan, beliau bagaimanapun mengesahkan Majlis Raja-Raja membuat ketetapan jawatan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan disandang oleh salah seorang raja pemerintah secara bergilir selama dua tahun dengan perdana menteri sebagai timbalannya.

Untuk rekod, jawatan pengerusi majlis itu sebelum ini disandang oleh perdana menteri.

Syed Daniel berkata, susulan rundingan dengan kerajaan yang mencapai kata sepakat, Majlis Raja-raja memilih Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Pengerusi MKI.

“Ketetapan ini selaras dengan perakuan yang dipersembahkan kepada raja-raja oleh Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan…yang berpandangan bahawa oleh kerana Islam terletak bawah bidang kuasa dan budi bicara raja-raja pemerintah, adalah lebih bertepatan untuk MKI dipengerusikan oleh seorang raja pemerintah,” katanya.

Katanya lagi, pelantikan pengerusi MKI sebelum ini sememangnya dibuat oleh Majlis Raja-raja dan Perdana Menteri sejak majlis itu ditubuhkan pada 1968.

Dalam kenyataan itu, Syed Daniel juga berkata, laporan media sebelum ini yang memetik sebuah akhbar sebagai berkata, JAKIM diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja susulan mesyuarat majlis berkenaan baru-baru ini, sebagai kurang tepat.

“Justeru “kenyataan ini dikeluarkan untuk memberikan pencerahan”, jelas Syed Daniel. – SM

(Visited 654 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button