Nasionalpilihan

Sultan Melaka meninggal dunia akibat Covid-19

AHLI perniagaan yang pernah tampil dan mendakwa dirinya Sultan Melaka, Noor Jan Tuah sehingga tular di laman sosial dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Berita pemergian arwah dimaklumkan oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menerusi satu status di akaun Facebook peribadinya hari ini.

“Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja Noor Jan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Salam takziah buat mak engku Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya.

Ucapan takziah netizen juga tular di media sosial dan ada yang membuat hantaran dengan tanda pagar #covidfighter.

Difahamkan, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini, petang tadi.

Noor Jan, 64, yang berasal dari Taman Seri Gombak sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka. -SM

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button