Nasional

Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.
Memetik laporan BERNAMA, Sultan Ibrahim bertitah sedemikian melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta kerajaan negeri.
“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk menghadap.
“Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah baginda kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.
Sultan Ibrahim akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Jan ini untuk tempoh lima tahun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button