Hiburan

Suami menang PRN Sabah, peminat minta tunai janji di IG Zizie Izette

SELEPAS kemenangan Datuk Seri Bung Moktar Radin di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, ramai yang mula meninggalkan komen di akaun Instagram milik isteri pemimpin itu, Zizie Izette.

Komen yang ditinggalkan peminat Zizie selepas pelakon itu menaikkan status kesyukuran di atas kemenangan parti politik suaminya.

“Syukur Alhamdulillah. Semoga pemimpin-pemimpin yang diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat menunaikan janji anda seperti yang ada di dalam “Aku Janji”.

“Rakyat Sabah bergantung kepada anda untuk membela nasib mereka dan janganlah hancurkan harapan tinggi mereka untuk mengubah nasib.

“Beringatlan, rakyat adalah kuasa terbesar!. Mereka boleh ubah pemimpin pada pilihan raya akan datang jika janji gagal ditunaikan,” katanya.

Status tersebut kemudian dikomen beberapa peminat yang meminta supaya pemimpin yang dipilih tidak hanya pandai bercakap dan tetapi juga bertanggungjawab.

Peminat Zizie Izette turut meminta pemimpin-pemimpin yang dipilih supaya peka dengan masalah jalan raya yang rosak di kebanyakan daerah di Sabah.

“Jalan kinabtangan ke Kota Kinabalu teruk kan sis. Harap pemimpin selepas ini boleh beri bajet lebih sedikit supaya kami yang selalu naik ambulance ini tidak sakit badan,” kata Azqurnea

Ada juga komen yang meminta supaya kemudahan asas seperti air paip disediakan untuk kemudahan rakyat.

“Tolonglah penduduk di Kampung Limau Limauan Kudat ni. Penduduk kampung tiada kemudahan air paip. Hanya mengharapkan air tadahan hujan untuk mandi dan mencuci. Air untuk minum pula dibeli daripada lori yang menghantar air dari pekan berhampiran,” kata Redmahmood.

Semalam, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, menewaskan Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Ismail Ayub dalam persaingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 661 undi.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sah mencatat kemenangan majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sabah apabila gabungan Parikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya mendapat majoriti mudah 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button