Politik

Calon parti GRS paling banyak menang DUN jadi KM Sabah – Zahid

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan adalah munasabah calon parti Gabungan Rakyat Sabah yang menang paling banyak kerusi dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, calon Ketua Menteri yang baharu akan dilantik selepas rundingan dijalankan oleh calon-calon GRS yang menang dalam Pilihan Raya Negeri Sabah semalam.

“Alhamdullilah cara kebetulan, Bersatu dalam gabungan ini memperolehi kerusi yang paling banyak.

“Dari segi kemunasabahan adalah lebih baik jika mana-mana parti dalam gabungan yang memperolehi kerusi yang terbanyak diberikan mandat dan peluang untuk mengetuai kerajaan negeri setelah rundingan diadakan di kalangan gabungan parti-parti itu,” kata Ahmad Zahid.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang terdiri daripada rakyat Sabah perlu memilih Ketua Menteri mereka sendiri tanpa pengaruh mana-mana pihak.

Justeru katanya, Umno dan BN Sabah diberi kuasa autonomi untuk menentukan perkara itu.

“Saya akan mengadakan perbincangan bersama mereka. Tujuan saya adalah untuk melaksanakan autonomi yang diberikan kepada UMNO dan BN Sabah dilaksanakan sebagaimana janji saya bahawa biarlah orang Sabah, rakyat Sabah menentukan siapakah Ketua Menteri yang akan dilantik tanpa adanya telunjuk yang menunjukkan seseorang itu, sama ada daripada Kuala Lumpur atau Putrajaya.

“Saya yakin kebijaksanaan ini harus diterjemahkan kerana biarlah orang Sabah sendiri menentukan siapakah Ketua Menteri yang baharu yang bakal dilantik di kalangan ADUN-ADUN yang telah memenangi pilihan raya di Sabah,” kata Ahmad Zahid.-SM

 

 

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button