Sukan

Sterling hanya perlukan lapan minit

LAPAN minit, itulah jangka masa yang hanya diperlukan bintang bola sepak Manchester City, Raheem Sterling untuk menjual habis produk baharu kasut jenama Bathing Ape and Clarks yang dipromosikannya.

Penyerang antarabangsa England tersebut telah menjalinkan kerjasama antara BAPE dan pengeluar terkemuka kasut Britain, Clarks dengan keluaran terbaharu dipasarkan kepada umum pada 8 Ogos lalu.

Kasut baharu itu terbukti menjadi rebutan dalam sekelip mata apabila laku dijual dalam tempoh beberapa minit dan menyebabkan rangkaian membeli-belah di atas talian, BAPE lumpuh.

Bintang Liga Perdana Inggeris itu telah menggayakan kasut Wallabee Silhouette, yang merupakan jenama kegemarannya. Pada Mei 2019, Sterling pernah memuat naik gambarnya menggayakan kasut Clarks menerusi media sosial Instagram, dengan menyertakan kapsyen ‘Clarks Mi Prefer’.

Clarks Originals merupakan jenama yang cukup popular di Kingston, Jamaica sejak zaman 1960-an lagi, di mana bintang bola sepak berusia 25 tahun itu dilahirkan.

Beberapa pengguna media sosial menerusi Twitter telah melahirkan kekecewaan mereka kerana gagal mendapatkan koleksi kasut tersebut.

Seorang peminat menerusi kicauan dalam Twitter mendedahkan bahawa ‘lebih sukar mendapatkan kasut ini berbanding emas’, sementara seorang lagi peminat berkata, kasut tersebut laku bagaikan ‘pisang goreng panas’.

Kasut The Wallabee itu diperbuat daripada material yang berkualiti, dengan tapak kasut yang direka bentuk menyerupai gigi ikan jerung dan turut menggunakan tekstil ‘suede vamp’ yang menjadi identiti BAPE.

The Desert Boot yang juga merupakan sebahagian daripada kolaborasi tersebut, mengandungi hasil kerja seni yang berbeza pada setiap kasut dan turut memiliki identiti tersendiri pada bahagian luar kasut.

Kasut itu digambarkan sebagai ‘gelombang kapsul baharu’, yang memberi sentuhan ‘kasut jalanan moden’. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button