Politik

Sri Ram perlu tinggalkan pendakwaan Najib

BEKAS Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sepatutnya meninggalkan perbicaraan itu.

Ini kerana, pihak yang melantik beliau bagi membawa pendakwaan kes berkenaan, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas tidak lagi berada di jawatan itu.

Malah, Tommy yang dilantik kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga sudah meletakkan jawatan sejurus perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada Februari lalu.

Perletakan jawatan Dr. Mahathir pada 24 Februari lepas menyebabkan kerajaan PH terbubar namun Sri Ram masih lagi mengetuai pasukan pendakwaan terhadap kes 1Malaysia Development Berhad.

“Sri Ram mesti letak jawatan dengan segera sebagai Pendakwaraya Kanan. Dia dilantik oleh Tommy Thomas.

BACA > Ibu hidap kanser dicerai, hilang kerja, hidup bersama 6 anak dalam kereta — Suara Merdeka

“Oleh kerana Tommy Thomas sudah meletak jawatan, maka moralnya, beliau juga kena letak jawatan.”

Demikian ringkas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam Facebooknya menggesa Sri Ram meninggalkan pendakwaan itu berikutan PH bukan lagi kerajaan.

Tambah beliau, menguatkan lagi gesaan Sri Ram perlu melepaskan jawatan sebagai Pendakwa Raya Kanan apabila pendedahan dibuat oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Pendedahan tersebut, menjelaskan tentang konspirasi antara beliau dengan Ahli Parlimen Langkawi bagi mendakwa dan menjatuhkan Najib.

“Gopal adalah jentera konspirasi Mahathir supaya Najib sebagai PM ketika itu ditangkap di pejabatnya.

“Itu pendedahan dalam afidavit Apandi Ali. Gopal sudah tidak ada kredibiliti.

BACA > Malaysia perkukuh hubungan perdagangan dengan India berkaitan minyak sawit — Suara Merdeka

“Kalau dia enggan, mohon Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pecat dan siasat Gopal. Menjahanamkan institusi keadilan di Malaysia,” tegasnya.

Menurut Mohd. Puad lagi, beliau juga mendakwa Tommy yang melantik Sri Ram sebagai seorang peguam kepada parti politik bukannya berkhidmat kepada negara.

“Tommy adalah Peguam Negara kepada PH. Dia bukan Peguam Negara kepada ‘negara’,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Apandi mendedahkan peguam terbabit pernah bertandang ke kediamannya pada Januari 2018 di bawah arahan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut beliau, Sri Ram dikatakan mahu bercakap dengannya secara peribadi berhubung perancangan memecat Najib daripada jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, sebelum menerangkan perancangan itu, Sri Ram dikatakan bertemu Mohamed Apandi menggunakan alasan meminta tidak membekukan beberapa akaun firma guaman.

BACA > MCA mesti sedar diri – Abdul Hamid — Suara Merdeka

“Beliau menyatakan ada agenda besar dan Dr. Mahathir menghantarnya untuk menemui saya,” kata Mohamed Apandi. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button