Nasional

SPRM mohon perintah reman terhadap pasangan pempengaruh kerana tipu duit derma

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon perintah tahanan reman terhadap pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma.
Memetik BERNAMA, Sumber memaklumkan permohonan reman terhadap pasangan yang telah ditahan itu akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
Sebelum ini, sebuah akaun di Facebook mendakwa pasangan itu membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi.
Akaun terbabit turut mendakwa personaliti media sosial itu sanggup mencipta kontroversi mengenai situasi rumahtangga mereka demi mencari publisiti dan simpati masyarakat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button