Nasionalpilihan

SPRM buru dua lelaki Myanmar

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang kini mengesan dua lelaki warganegara Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM dalam kenyataannya berkata, individu pertama, Noor Bashar Hairul, 26, memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354 -13C00811. Individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No 51, Persiaran Murni 4, Taman Indah, 31150 Ulu Kinta, Perak.

“Sementara itu, turut dikesan ialah Abu Talab Nur Muhammad, 25, yang memegang kad UNHCR bernombor 354 -15C07305. Individu tersebut juga mempunyai alamat terakhir di No 51, Persiaran Murni 4, Taman Indah, 31150 Ulu Kinta, Perak,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Gray Lee Yadon di talian 019-8408395 / 05-5267000 atau emel kepada [email protected]. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button