Politik

SPRM buka 2 bilik gerakan terima aduan orang ramai di PRK Chini

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini hari ini.

Bilik gerakan itu bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen pada PRK tersebut.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, bilik gerakan itu ditempatkan di dua lokasi. Lokasi pertama di Kompleks SPRM Pahang Peti yang beroperasi pada waktu pejabat.

Manakala lokasi kedua di Pejabat Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Chini Satu Pekan yang beroperasi 24 jam.

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui talian Hotline PRK Chini 013-5485988/09-5716000 atau e-mel kepada [email protected]

“Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” kata kenyataan tersebut.

Sehingga pukul 10.30 pagi tadi tiga calon PRK Chini telah menyerahkan borang pencalonan mereka.-SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button