Ekonomi

Spritzer perkenal botol tanpa label 

KUALA LUMPUR 23 Jun – Spritzer  melancarkan inisiatif kelestarian terbaharu iaitu botol air mineral tanpa label dan 100 peratus boleh dikitar semula, sebagai langkah ke arah mengurangkan penggunaan plastik dan meminimumkan impak terhadap alam sekitar.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, dengan pengenalan botol baharu itu, kualiti air mineral dari punca air tetap dipelihara di kawasan Taiping, Perak. 

“Air Mineral Semulajadi Spritzer yang kaya dengan mineral silika mempunyai rasa yang lebih baik dan telah diiktiraf oleh Institut Rasa Antarabangsa yang berpangkalan di Brussels dengan pengiktirafan tiga bintang dalam Anugerah Rasa Unggul 2022,” katanya di sini hari ini.

Air mineral semulajadi Spritzer berkualiti seimbang dan sesuai untuk membancuh kopi, teh dan digunakan untuk memasak.

Sempena pelancaran ini, botol tanpa label akan diperkenalkan secara terhad di peringkat permulaan dan boleh didapati di kedai dalam talian Spritzer dan Spritzer EcoPark. 

“Manakala  para pelanggan diberi pilihan air mineral Spritzer 1.25 liter dan 550 mililiter yang terdapat dalam pilihan tanpa label,” kata Spritzer.

Inisiatif terbaharu pembungkusan lestari ini adalah jejak langkah terhadap komitmen Spritzer untuk menjadi jenama sekular sepenuhnya menjelang tahun 2030. 

Kesemua botol Spritzer dihasilkan daripada bahan plastik kitar semula yang boleh dikitar semula selepas diminum dan  mengambil tanggungjawap untuk menyelamatkan bumi dengan membekalkan produk dengan pembungkusan yang lebih lestari kepada para konsumer.

Sebagai jejak langkah usaha ESG, Spritzer juga menggalakkan para konsumer yang bertanggungjawab mengambil langkah kecil bersama munuju ke arah kelesterian alam sekitar seperti memilih produk mesra alam untuk memastikan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button