NasionalParlimen

Speaker Dewan Rakyat arah Ahli Parlimen Pendang keluar Dewan

AHLI Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarahkan keluar dari Dewan Rakyat hari ini dan tidak dibenarkan masuk semula ke dalam Dewan selama dua hari selepas beliau mengingkari arahan tidak mengganggu sesi penggulungan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengarahkan Awang keluar Dewan hari ini dan esok kerana enggan duduk serta berhenti mengganggu perbahasan Rafizi selepas amaran diberikan.

Terdahulu, Awang berulang kali mencelah dan mengganggu Rafizi yang sedang menggulung perbahasan Belanjawan 2023.

“Saya mengarahkan Pendang keluar Dewan Rakyat selama dua hari. Bermula hari ini dan esok,” kata Johari. – SM

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button