Nasional

SOP Syawal diumumkan hari ini

AURA Aidilfitri semakin dirasai dan orang ramai sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut ketibaan Aidilfitri yang sudah dua tahun tidak dirasai kemeriahannya.

Dengan negara memasuki fasa peralihan ke endemik awal April lalu sudah pasti orang ramai menanti kemeriahan Aidilfitri yang bakal tiba.

Sehubungan dengan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Idris Ahmad berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) Syawal bakal diumumkan hari ini dan sambutan hari Raya kali ini boleh disambut dengan meriah.

“Sambutan hari Raya kali ini kita boleh ziarah menziarahi, boleh buat jamuan, umumnya tempat tertutup kita perlu pakai topeng muka, kalau di kawasan terbuka kita tidak diwajibkan memakai topeng muka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Aidilfitri Pelajar UPM.

Jelasnya, dalam pada berseronok menyambut Aidilfitri, SOP juga perlu menjadi keutamaan lebih-lebih lagi dengan SOP baharu yang diumumkan semalam dan akan berkuatkuasa awal Mei ini.

Di samping itu, beliau turut berkata solat Aidilfitri juga boleh diadakan di tempat terbuka bergantung kepada pihak berkuasa agama negeri.

“Kenyataan yang kita keluarkan adalah satu panduan sahaja dan penguatkuasaan atau hal ehwal keagamaan berada di bawah bidang kuasa majlis agama negeri atau pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

Justeru beliau berharap agar sambutan kali ini dapat menebus kembali raya yang tertangguh dua tahun lalu dan dalam kegembiraan yang dirasai, jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. – SM

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button