Nasional

Slot vaksin AstraZeneca untuk 18 tahun ke atas dibuka esok

Tempahan bagi slot janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) secara sukarela kepada golongan berusia 18 tahun ke atas akan mula dibuka esok.

Melalui Twitter rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), Vaksin Covid-19 memaklumkan slot berkenanaan akan dibuka bermula pukul 12 tengah hari di www.vaksincovid.gov.my

Slot tersebut dibuka bagi mereka yang menetap di Johor, Kaual Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor.

Sebelum ini slot berkenaan dikhaskan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri yang sama.

Pada 2 Mei lalu, JKJAV telah membuka slot suntikan sukarela bagi vaksin AstraZeneca.

Slot tersebut habis ditempah dalam tempoh kurang empat jam selepas dibuka.

Kerajaan membuka pendaftaran untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula hari ini dengan penerima perlu memilih Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan tarikh janji temu bersesuaian.

 

 

(Visited 469 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button