Hiburan

Ciapan gembira kes Covid-19 cecah 7,000, Iman Troye kekal trending di Twitter

NAMA penyanyi baharu, Iman Troye kekal trending di Twitter gara-gara satu ciapannya yang dikecam netizen semalam.

Iman pada semalam menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan ‘happy’ (gembira) yang disifatkan warganet dia berbangga dengan angka jangkitan itu.

“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi,” tulisnya.

Ternyata tindakannya itu mendapat kecaman daripada netizen yang menganggap bahawa kes Covid-19 bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.

Ramai netizen yang mengecam tindakan Iman tersebut dan sehingga hari ini, namanya kekal treding di Twitter.


(Visited 140 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button