fbpx
Hiburan

Siti Nurhaliza sah hamil empat bulan

TEKA-teki berkenaan keadaan fizikal yang didakwa hamil oleh peminatnya akhirnya diakui sendiri oleh penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti membuat pengumuman rasmi berkenaan kehamilannya itu yang kini sudah memasuki usia empat bulan.

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” katanya.

Menurut Siti, dia juga memohon doa supaya dia dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan sehinggalah saat melahirkan nanti.


Jelasnya, dia juga berterima kasih kepada semua yang sangat memahami dan tidak putus-putus mendoakannya.

“Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih,” katanya.

Sebelum ini, peminat sudah mula berteka-teki mengenai kehamilan Siti selepas melihat keadaan fizikal yang kelihatan seperti mengandung.

Namun, Siti tidak pernah bercerita mengenai perkara itu dan tidak memuat naik gambar penuh keadaan fizikalnya. -SM

(Visited 522 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button